salam untuk semua..
berada dalam tanah air sendiri umpama berada dalam program realiti TV la pulak.. terlalu kerap kejutan demi kejutan yang diwar-warkan dalam media massa dan media cetak.
apa yang sering disarankan oleh pentadbir negeri, kita harus menjadi pengguna yang bijak. tapi baru saja mencongak untuk belajar mengadaptasi kenaikan harga minyak, dapat pula berita penjawat kerajaan akan menerima gaji 2 kali sebulan.
sebagai penjawat yang pernah bertugas di sektor swasta dan pernah melalui program gaji yang sama, saya tidak merasakan tindakan ini wajar malah lebih membebankan.
mungkin ramai yang tak perasan, sebenarnya gaji yang akan dibayar 2 kali sebulan itu bukanlah separuh daripada gaji bersih, tapi ianya adalah separuh dari gaji kasar.
sebagai penjawat kerajaan, setiap penjawat dibenarkan untuk membuat pinjaman kerajaan sehingga 60% dari gaji yang diterima. dan dalam penyata gaji, bukan sekadar pinjaman saja yang perlu dibayar, tapi ada lagi bayaran lain seperti takaful, yuran kelab, dan lain-lain potongan dalam jumlah yang kecil, tapi senarainya 3 kali ganda daripada senarai pendapatan yang diterima.
kepada yang berpendidikan, mungkin mampu untuk mencongak secara kasar, tapi bayangkan penjawat kerajaan bukan semuanya gaji 4 angka. kepada yang berpendapatan rendah macam mana. anak berderet kat rumah masih juga perlu disuap makananan.
apa yang akan berlaku seterusnya..?
mak bapak terpaksa bekerja lebih dan anak-anak dibiarkan di rumah. tanpa pengawasan yang wajar, apakah ada jaminan anak-anak tidak terjebak ke dalam gejala yang tidak sihat.
kronologi ini cukup jelas.
dan apa pula tindakan penjawat kerajaan selepas ini?
jadilah PENGGUNA BIJAK..
ramai bebenor cakap jadi pengguna bijak, tapi tak de sorang pun nak bagitaw macam mana. ader ke yang berani nak tampil dan bagitau.. ader ke.. ader ke..
~ nasib le mak cik dok kat negeri sejahtera.. harapnya sejahtera selalu le negeri ni.. AMIN